10 Fakta Yang Anda Tak Pernah Tahu Tentang Isra’ dan Mikraj. No 5 Amat Menakjubkan!

April
25, 2017 by

Naurah Arfan

Kita biasa dengar tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj, tetapi banyak sebenarnya detail yang kita tidak pernah ketahui tentang malam ajaib tersebut.

1) Tarikh sebenar kejadian Isra’ dan Mikraj sebenarnya tidak diketahui sesiapa melainkan Allah SWT dan Rasulnya. Para sahabat ketika zaman Rasulullah SAW tidak pernah merekodkan bila berlakunya peristiwa ini, dan sehingga kini sebenarnya tidak mengetahui tarikh sebenar peristiwa Isra’ dan Mikraj. Tarikh yang dipilih sebenarnya adalah sebagai suatu peringatan terhadap peristiwa tersebut. Mengapa para sahabat tidak merakam tarikh kejadian Isra’ dan Mikraj? Ianya kerana para sahabat lebih mementingkan the lessons learned atau apa yang perlu diambil dan dipelajari. Mereka tidak melihat tarikh sebagai suatu kepentingan pada masa itu.

2) Peristiwa Isra’ Mikraj terjadi setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Ada yang memberi pandangan bahawa ianya sebagai persiapan untuk baginda meninggalkan kota Mekah yang begitu dicintainya. Peristiwa Isra’ Mikraj juga berlaku selepas kematian Saidatina Khadijah isteri kesayangan Rasulullah SAW, dan Abu Talib iaitu bapa saudara Rasulullah.

3) Rasulullah SAW dibawa menaiki al-Buraq ke Baitulmaqdis. Rasulullah menggambarkan al-Buraq menggunakan perkataan ‘dabbah’, iaitu sejenis haiwan atau binatang yang wujud secara fizikal, daging dan darah. Ianya berwarna putih. Kata dasar al-Buraq juga diambil daripada perkataan kilat, menggambarkan kelajuan al-Buraq di mana Rasulullah SAW mengatakan setiap langkahnya adalah sejauh pandangan mata.

4) Semasa baginda ingin menaiki al-Buraq, al-Buraq seperti ketakutan (seperti seekor kuda yang ingin ditunggang oleh seseorang yang tidak dikenalinya) dan Jibril AS memarahi al-Buraq dengan mengatakan, “Wallahi, tiada siapa pernah menunggangmu lebih mulia di pandangan Allah melainkan penunggangmu sekarang.” Ini membuktikan kita bahawa terdapat ciptaan selain daripada kita di dunia ini, jinn dan malaikat, dan al-Buraq juga pernah ditunggang oleh makhluk lain.

5) Pada masa itu, tiada masjid atau tempat beribadah yang wujud di Baitulmaqdis. Kawasan ini ditakluk oleh Empayar Roman yang memegang agama Kristian, dan Maharaja Roman (Roman Emperor) ketika itu telah mengarahkan supaya tempat suci ini ditukar menjadi kawasan pembuangan sampah. Ini kerana mereka ingin menunjukkan bahawa mereka tiada perasaan hormat kepada warisan Yahudi. Semasa Rasulullah tiba di Baitulmaqdis, baginda sebenarnya dibawa ke Baitulmaqdis yang asal, kemungkinan dari zaman Nabi Sulaiman AS, kerana pada ketika itu, kawasan itu adalah tempat pembuangan sampah. Pembinaan masjid dinaikkan semasa zaman kekhalifahan Umar Al-Khattab.

6) Semasa baginda (Rasulullah SAW) tiba di Baitulmaqdis, baginda berada di kalangan semua para nabi dan rasul. Baginda terlihat Nabi Musa AS sedang bersolat. Kemudian baginda terlihat Nabi Isa AS sedang bersolat. Kemudian baginda terlihat Nabi Ibrahim AS sedang bersolat. Amat menarik walaupun telah wafat (kecuali Nabi Isa AS), nabi-nabi ini dilihat sedang bersolat dan ini menunjukkan kepentingan bersolat yang menjadi tujuan utama manusia diciptakan.

7) Semasa di Baitulmaqdis, Rasulullah SAW mengimamkan kesemua para nabi dan rasul. Pada masa itu, semua nabi dan rasul menjadi makmum kepada baginda di dalam satu saf yang sama. Subhanallah. Kesemua nabi dan, seramai lebih kurang 124,000 orang, berada di dalam satu saf di belakang Rasulullah SAW yang juga menunjukkan kelebihan yang diberikan Rasulullah SAW sebagai ketua anak Adam AS.

8) Selepas bersolat di Baitulmaqdis, Rasulullah SAW diangkat ke langit dan semasa baginda melepasi ketujuh-tujuh lapisan langit, baginda berjumpa dengan beberapa orang nabi termasuk Nabi Ibrahim AS. Nabi Ibrahim AS semasa berjumpa dengan baginda, berkata, “Sampaikan salamku kepada umatmu.” Ini bermaksud Nabi Ibrahim AS telah menyampaikan salamnya kepada kita, umat Rasulullah SAW.

9) Baginda Rasulullah SAW dibawa ke Sidratul Muntaha yang terletak di Jannah yang tertinggi. Ia seperti pokok yang ditutup oleh sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh baginda Rasulullah SAW. ‘Sampul’ yang menutupi pokok tersebut berubah-ubah dari segi warna, dan Rasulullah SAW juga tidak dapat memberi gambaran warna-warna tersebut. Ini bermaksud Allah SWT telah mencipta pelbagai warna-warna indah yang tidak termasuk dalam spektrum warna yang terdapat di dunia ini.

10) Walaupun perintah solat dikurangkan daripada 50 rakaat ke 5 rakaat, Rasulullah tetap bersolat sebanyak 50 rakaat selepas turunnya perintah bersolat itu. Kita pun boleh melakukannya:

Solat Subuh (2 rakaat) + Solat Zohor (4 rakaat) + Solat Asar (4 rakaat) + Solat Maghrib (3 rakaat) + Solat Isya’ (4 rakaat) + Solat Sunat Rawatib (10 rakaat) Solat Dhuha (2 rakaat) + Solat Tahajjud (8 rakaat) + Solat Witir (3 rakaat) + Solat Tahyatul Masjid (10 rakaat jika setiap kali solat fardhu di masjid) = 50 rakaat

 

Marilah kita ambil masa mendalami semula sejara dan sirah Rasulullah SAW. Terdapat banyak lagi keajaiban Isra’ Mikraj yang tidak mampu dikongsi di sini.

Fakta diambil dari perkongsian Sheikh Yasir Qadhi 

Allahualam.

Naurah Arfan

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS