7 STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIAPLIKASI BERDEPAN CABARAN 2017/2018 (Nombor 7 paling menguntungkan)

March
29, 2017 by

Elle Rasif

Signal-signal ekonomi merosot yang kita dapat lihat adalah apabila bisnes bank mula buat perubahan drastik. Industri kewangan adalah antara clue pertama sebab mereka lebih sensitif dengan ekonomi.

Industri lain akan "merasa" kesannya 6-12 bulan selepas itu. Macam industri fesyen, semakin ramai sudah mula buka mulut berkongsi tentang sales yang merosot berbanding sebelumnya.

Bank banyak tutup outlet dan buang pekerja (downsize). Kemudian, kelulusan loan jadi lebih ketat. Tak senang nak lulus loan dah walaupun korang ada juta ringgit dalam akaun sekalipun. Kalau ada hubungan yang baik dengan bank, thats good to leverage their favour.

Jadi apa strategi yang kita boleh aplikasi untuk menghadapi 2017/2018 ni? Dah baca, janji kena SHARE dengan kawan-kawan catatan #CEOElleZada ni okay? Teruskan membaca.


7 STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIAPLIKASI BERDEPAN CABARAN 2017/2018 (Nombor 7 paling menguntungkan)

1. Jangan kembangkan bisnes dengan menambah-nambah cawangan fizikal. Kembangkan jaringan bisnes secara online. Kedai fizikal banyak masalah dia dan overhead dia...masyaAllah. Faham-faham je la. Online ada kapasiti capaian melangkaui outlet fizikal, jadi perbanyakkan taktik di bahagian ini.


2. Kembangkan bakul pendapatan. Ini saya selalu tekankan dalam S.E.X.Y. Elle Zada Academy. Apa maksudnya bakul ni? Maknanya sumber pendapatan; kalau ada satu bisnes yang jana duit, dikira 1 bakul. Boleh tambahkan 2 atau 3 bakul baru yang berisiko rendah tapi ada positive cashflow setiap hari/minggu/bulan. Bakul ni tak semestinya kita punya 100%, boleh jadi kita sign-up jadi ejen produk @ bisnes lain yang berpotensi. Tepuk dada tanya poket. 😌


3. Kukuhkan  hubungan dengan pelanggan bisnes kita. Tanyakan keperluan mereka dan tingkatkan kepercayaan mereka kepada servis kita. Boleh buat sistem reward atau keahlian untuk menghargai mereka. Pelanggan sedia ada boleh jadi kunci perkembangan bisnes kita ketika ekonomi lembab.


4. Tawarkan produk-produk atau servis yang mempunyai frekuensi beli-balik yang konsisten. Maknanya, barang keperluan. Kalau fesyen, boleh jadi kualiti power sangat, macam ELLE ZADA, baju 5 tahun dulu pun masih cantik dan elok --sampai boleh jual balik pun laku. Takkan nak tunggu kitaran 'tahunan' baru mereka membeli semula kan? Fikirkan produk atau servis yang boleh kerap ditawarkan. Jadi cashflow pun lebih aktif berputar.


5. Kukuhkan kedudukan kewangan dengan mempunyai aset duit atau aset yang boleh cepat dicairkan menjadi duit seperti emas atau stock shares. Sebaik-baiknya, kewangan kita boleh tampung segala operasi bisnes dalam tempoh 12 bulan. Lagi banyak lagi bagus. Kalau bisnes kita jenis yang susah nak menabung, ikut step 2 kat atas.


6. Optimumkan penggunaan resources dengan membunuh overhead yang memberatkan bisnes tapi input-output ciput. Resources ni bukan duit je tau. Masa pun dikira resources. Emosi pun dikira resources. Fokus audit prestasi syarikat dari semua aspek termasuklah kos pemasaran, kos masa yang diluangkan untuk sebarang aktiviti dan prestasi ahli pasukan atau pekerja. Senaraikan semua perkara yang melibatkan penggunaan resources ini dan kira Return On Investment (ROI)-nya. Jangan main bantai je keluar "ber-networking"; korang tu orang bisnes bukannya wakil rakyat.


7. Bergabung bertambah mantap! Apa maksudnya? Kalau ada bisnes-bisnes yang korang rasakan bagus dari segi potensi dan ROI-nya bagus, dan ada sesuatu yang boleh korang sumbangkan untuk tambah pendapatan bisnes tersebut, lamarlah untuk bergabung atau berkolobrasi. Audit elemen-elemen yang mendukung satu sama lain. Jangan korang sama je semua skill set ; redundant & sukar nak berkembang. Sebaliknya cari pasangan kolobrasi atau gabungan yang ada ciri-ciri complementary; saling melengkapi. Ini yang akan boost kekuatan mendepani cabaran 2017/2018. But please, get the black and white in place, okay? Jangan koboi sangat.

Saya doakan semua rakan-rakan bisnes sekalian dilimpahi rezeki yang barakah. Ada idea-idea strategi tambahan? Kongsikan untuk kita sama-sama belajar. Ilmu yang baik semuanya dari Allah Taala. Till next time, stay positive & be blessed!

 ELLE RASIF, CEO ELLE ZADA

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS