April
11, 2017 by
Mungkin ada di antara rakan-rakan kita yang selalu join usrah. Mereka ada kumpulan mereka sendiri, dan akan pergi ke program usrah setiap minggu mendengar ceramah dan perkongsian ilmu Islam bersama ustaz atau ustazah.
Mungkin pernah terdetik dalam hati kita, "Aku bukan background agama pun. Malu la nak join usrah. Nanti kena sindir sebab banyak benda tak tahu."
Mari saya kongsikan dahulu, apa usrah itu sebenarnya.
Perkataan 'usrah' diambil dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud 'keluarga'. Di dalam sebuah group usrah, akan ada seorang mentor atau pemandu (dipanggil Naqib bagi lelaki, Naqibah bagi perempuan) dan ahli usrah. Setiap kali berjumpa, kumpulan ini akan terlibat dalam sesuatu perbincangan, perbualan atau aktiviti. Rukun usrah ada tiga: perkenalan, persefahaman, dan saling membantu.
Simple je kan?
Sebenarnya ada banyak kebaikan join usrah ni.
Kita boleh berkenalan dengan saudara se-Islam yang lain dan mengeratkan hubungan silatulrahmi antara satu sama lain.
Kita boleh belajar tentang hukum hakam dan ilmu agama.
Kita boleh bertanya tentang sebarang kemusykilan atau persoalan tentang agama.
Kita boleh istiqamah dalam sesuatu perubahan ke arah kebaikan dan berkongsi segala permasalahan.
Kita juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan golongan alim ulama'.
Banyak kelebihannya, kan?
"Tapi saya tak suka geng usrah ni. Ramai berpuak-puak. Diorang tengok saya pakai tudung biasa, handsock tak pakai, pun diorang pandang lain macam."
Haaa. Berhati-hatilah dengan fikiran sebegini, ya. Tepuk dada dan tanya diri, adakah ini realitinya, ataupun anda sendiri sedang berfikiran negatif akibat hasutan syaitan?
Syaitan suka ke kalau kita istiqamah pergi usrah saban minggu? Fikirkanlah.
Semestinya syaitan tidak ingin kita join usrah dan dekatkan diri dengan Allah taala, kan?
Memang tidak dinafikan, ada yang tersalah langkah juga apabila mula join usrah. Ada yang merasakan diri mereka lagi hebat dari segi ilmu dan amalan, dan memandang rendah kepada mereka yang baru hendak dekat dengan agama Islam. Di sini perlulah kita beringat, tentang hadis di bawah:
"Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi." (HR Muslim)
Seseorang yang jahil tentang ilmu agama, hendaklah tidak berasa sombong untuk belajar kerana ego yang terlalu tinggi.
Seseorang yang berpelajaran juga, hendaklah tidak berasa bangga dan sombong terhadap seseorang yang baru ingin belajar.
Jika ada di antara ahli usrah yang bersifat sombong, tegurlah mereka secara berhikmah, jangan pedulikan mereka atau carilah kumpulan usrah lain yang membuatkan anda berasa lebih selesa. Ingat, persefahaman itu juga merupakan satu rukun usrah.
Kita kembali kepada persoalan utama:
"Ada apa dengan usrah ni sebenarnya?"
Hakikatnya, usrah ini adalah suatu jalan ke arah kebaikan. Apabila kita memilih untuk join usrah, kita juga memilih untuk menjadi salah seorang ahli di dalam 'keluarga' tersebut. Kita sendiri memilih kawan yang sama-sama ingin mendekatkan diri kepada Allah taala.
Jika ada yang bersifat sombong dengan kita, lapangkanlah dada anda dan ingatkan diri sendiri: aku di sini kerana Allah taala. Join usrah, kerana ingin berubah. Join usrah, kerana ingin mendapatkan ilmu. Join usrah, bukan kerana ingin diri kelihatan baik, tetapi kerana kita sendiri inginkan segala kebaikan yang boleh didapati di dalam kumpulan tersebut.
Tiada istilah ‘tidak layak’ untuk join usrah. Hanya nak atau tidak sahaja, dan kesanggupan kita untuk berdepan dengan ujian kerana Allah taala.
Eva Daniel
Ada tak #FriendsofELLEZADA sekitar kawasan Selangor/Kuala Lumpur yang ingin join usrah? ELLE ZADA ingin menjemput anda untuk menyertai Usrah Fitrah yang dianjurkan setiap hari Isnin di Masjid Usamah Bin Zayd (Wangsa Maju) bermula jam 8.30PM. Berminat untuk join? Keep updated on our Facebook page for details ya!
Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.