Cara Memilih Baju Melayu

May
03, 2017 by

Eva Daniel

Jika difikirkan, antara semua baju yang ingin dibeli semasa Raya, baju melayulah yang paling senang untuk dicari, kan?

Sebenarnya tidak juga.

Bahkan kami di ELLE ZADA berani mengatakan bahawa pemilihan baju melayu terkini dan mengikut trend khususnya untuk Raya bukan suatu perkara yang mudah.

Sebabnya?

Terlalu ramai yang sudah tidak menjual baju melayu!

Ini realiti hari ini.

Butik-butik di Malaysia memberi tumpuan yang sangat hebat kepada jubah dan baju kurung, tetapi sangat sedikit perhatian yang diberikan kepada baju melayu dan sampin. (Psst… sebab itu baju melayu moden ELLE ZADA Raya 2016 pada tahun lepas adalah hit terbesar koleksi raya kami, ya).

 

Jadi di sini, kami ingin kongsikan beberapa tips jika anda ingin membeli baju melayu.

Jika anda seorang isteri yang ingin membelikan baju melayu kepada suami;

Atau anda seorang ibu yang ingin membelikan baju melayu kepada seorang anak;

Atau anda seorang anak yang ingin menghadiahkan baju melayu kepada ayah anda;

Atau anda memang tidak pernah membeli baju melayu dan tidak tahu cara memilih;

Atau anda ingin mencari idea baju melayu tahun 2017;

Artikel ini untuk anda!

 

  1. Cutting baju melayu.

Tahukah anda, kemas dan cantiknya baju melayu terletak pada potongan atau cutting baju melayu tersebut. Ada baju melayu jenis slimfit, dan ini amat digemari oleh pemakai baju melayu pada tahun lepas.

Baju melayu tradisional biasanya sedikit longgar, tetapi kemas dipakai berserta samping. Ini membuatkan baju itu selesa dipakai. Pastikan cutting baju melayu yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu fit. Kemas sahaja, baru nampak smart.

 

  1. Jenis kain.
Selepas melihat pada cutting baju melayu itu, amat penting untuk anda beri tumpuan kepada jenis kain dan material baju melayu tersebut. Hakikatnya, cuaca di Malaysia amat panas, terutamanya dekat tengah hari. Masa ini pula kita sibuk menziarah keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang sibuk melayan tetamu.
Pastikan material tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis, tetapi selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh.

 

baju melayu adam corrie

  1. Warna baju melayu.
Ini antara benda pertama yang akan menarik perhatian saat anda mengenakan baju melayu, iaitu warna yang sesuai. Jika anda ada tema warna, ini akan memudahkan proses memilih baju melayu. Jika tidak, kami sarankan supaya anda sentiasa memilih warna yang sedikit pudar berbanding warna terang.
Baju melayu dusty adalah antara tema paling popular sebagai pilihan baju raya. Warna baju melayu yang terang amat susah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai, dan kemungkinan besar tidak akan dipakai lagi selepas Raya. Ini adalah salah satu sebab utama mengapa baju raya ditinggalkan sahaja sebagai baju raya; sebaiknya, kita ingin baju yang dibeli dipakai kerap, kan?
Antara warna yang paling popular dipilih untuk baju melayu adalah warna biru, coklat, cream, dusty purple, dark grey, dusty green dan dusty blue.

 

  1. Butang baju melayu.
Ramai juga yang kadangkala terlepas pandang tentang kepentingan butang baju melayu. Jika di negara barat, cufflinks yang dipakai bersama baju kemeja boleh memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan taraf kewangan dan status sosial.
Begitu juga dengan butang baju melayu. Butang yang bersifat unik dan cantik boleh menaikkan lagi taraf kecantikan baju melayu yang dipakai.

 

baju melayu samping

  1. Samping.
Akhir sekali, jangan lupa samping ya. Samping inilah yang akan membuatkan si pemakai baju melayu kelihatan segak dan kemas.
Sebaiknya, pilih samping yang berwarna cerah untuk menaikkan warna baju melayu tersebut. Ramai yang suka memakai samping songket, dan pemilihan warna samping juga boleh dibuat supaya ianya padan dengan baju yang akan dipakai oleh pasangan.

 

Bukan mudah ya, memilih baju melayu. Perempuan, apabila memilih baju kurung atau jubah, pasti juga akan memilih kerongsang dan warna tudung atau shawl yang dikenakan. Begitu juga dengan baju melayu, pastikan samping dan butang baju melayu yang dipakai juga sesuai.

Jangan lupa ambil peluang beli baju melayu online di ELLE ZADA selagi ada stock!

Selamat membeli untuk Raya 2017!

Eva Daniel

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS