Mengapa Anda Harus Kaya?

March
07, 2017 by

Elle Zada

Orang soleh tidak mahu menjadi kaya, orang kaya tidak mahu meraih soleh. Persoalannya, mengapa anda harus kaya?

Suatu saat saya bertemu dengan seorang teman di rumahnya. Sambil bersilaturrahim, saya ingin mengajak beliau berbisnes. “Sahabat, jom buat bisnes bersama saya.”

"Maaf, saya tidak mahu wahai sahabatku," jawabnya dengan yakin.

Kemudian saya bertanya, "Kenapa?"

Jawabnya, "Saya takut kaya".

Saat itu saya terperanjat.

TAKUT HUBBUD DUNYA

Ternyata ada orang yang takut menjadi kaya. Apa yang beliau pegang adalah sekiranya kita berbisnes, risikonya adalah menjadi kaya.

Lalu saya bertanya, "Kenapa kamu takut kaya?"

 "Saya takut akan hubbud dunya. Saya takut akan cinta kepada dunia."

(NOTA: Hubbud Dunya adalah cinta dunia yang berlebihan, merupakan induk segala kesalahan seperti maksiat serta perosak agama)

Rumah Idaman

Semakin banyak harta kita, semakin banyak zakat yang kita dapat tunaikan.

Dalam hati saya terlintas, luar biasa sahabat saya ini. Beliau seorang yang soleh. Lantas dalam hati saya, saya titipkan doa, 

"Ya Allah, orang soleh seperti inilah yang sepatutnya menjadi kaya. Kerana jika kekayaan ini dipegang oleh orang-orang yang soleh, In Shaa Allah, Rahmatan Lil Alamin"

(NOTA: Islam adalah agama Rahmatan Lil ‘Alamin. Ertinya Islam merupakan agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi seluruh alam semesta, termasuk haiwan, tumbuhan dan jin, apalagi sesama manusia.)

Tapi sayangnya, orang soleh tidak mahu menjadi kaya, orang kaya tidak mahu meraih soleh.

Lantas saya tertanya, "Apakah hubbud dunya penyakit orang kaya sahaja?"

"Tidak, orang miskin pun banyak menderita penyakit hubbud dunya."

Masalahnya bukan terletak pada kaya atau miskinnya seseorang, tetapi sikap seseorang itu terhadap kekayaan. Dengan alasan sebeginilah, ramai umat Islam yang tidak mahu bekerja keras.

Tidak mahu berusaha menjadi orang kaya, dan tidak mahu menjadi orang yang besar atau berjawatan.

Berbisnes adalah salah satu cara untuk meraih kekayaan.

Umat Islam, terlalu besar untuk mempunyai cita-cita kecil. Umat Islam harus bercita-cita untuk menjadi kaya seperti berhartanya Abu Bakar As-Siddiq, persis melimpah ruah kekayaan Umar Bin Al-Khattab malahan Uthman Bin Affan juga seorang hartawan yang cukup disegani.

Kerana kekayaan mereka jualah antara sumbangan terbesar buat agama Islam pada suatu ketika dahulu. Hartawan pada nama, namun dermawan pada nilaiNya.

Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa,

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Allahumma inni a'udzubika minal kufri wal faqri wa a'udzubika min 'adzabilqabri
Ertinya:"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur".
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42)

Yang menjadi masalah bukan seberapa banyak wang kita peroleh, tapi dari mana dan untuk apa wang itu diperoleh. Kata Rasulullah SAW, kita tidak boleh berasa iri hati kecuali kepada 3 orang:

  1. Orang yang berilmu yang beramal dan mengajarkannya 
  2. Orang yang mati syahid
  3. Orang yang kaya, yang dermawan

Ingatlah, kita adalah harapan masa depan umat. Bangkit mulai sekarang, harapan itu pasti ada! Kerana dalam apa jua keadaan si hamba, Allah sentiasa bersama kita.

Diolah dari penceritaan Ust. Bagus Hernowo.

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS