#ElleZadaBertaubat : Bermulanya Projek Raya ELLE ZADA 2017 Dengan Doa Selamat

April
21, 2017 by

Maisarah Ahmad Kamil

Pada 1 April 2017 di Wangsa Melawati, ELLE ZADA dan rakan-rakan HASA (Himpunan Artis Sayang Al-Quran) Usrah Fitrah telah menjalankan majlis doa selamat sempena projek Raya 2017 bersama Maahad Tahfiz Misbahul Falah.

Selepas tsunami yang melanda Projek Raya 2016 pada tahun lepas, pasukan ELLE ZADA berniat untuk memulakan Projek Raya 2017 dengan langkah yang betul.

"Tahun ini, projek Raya 2017 ELLE ZADA alhamdulillah akan dijayakan bersama beberapa orang artis seperti Adam Corrie dan Yatt Hamzah. Juga lagu Raya yang dinyanyikan oleh Heliza Helmi & Hazwani Helmi. Majlis doa selamat ini adalah untuk memohon pertolongan dan keberkatan dari Allah Taala atas usaha ini, moga-moga dipermudahkan selepas banyak belajar daripada pengalaman tahun lepas," kata Elliyin, CEO ELLE ZADA.

Majlis ringkas tersebut bermula dengan solat Isyak berjemaah, diikuti dengan bacaan surah Yasin, doa selamat dan seterusnya jamuan makan bagi menyambut permulaan projek raya tahun ini.

Adam Corrie dan Heliza Helmi adalah rakan artis jemputan yang hadir ke majlis doa selamat tersebut. Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga dan ahli pasukan ELLE ZADA yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan perniagaan ini.

Saat pasukan ELLE ZADA mengingati kembali peristiwa tahun lepas, banyak sebenarnya yang telah dipelajari. Kami tidak mengganggap ianya sebagai bala, tetapi sebaliknya sebagai peringatan daripada Allah taala buat kami yang sedang memperjuangkan pemakaian patuh syariah.

Semoga Allah Taala merahmati dan mempermudahkan urusan kami. Bersedia untuk merebut peluang dengan  sama-sama menyertai Projek Raya ELLE ZADA 2017 yang pastinya lebih meriah dan meletup lagi! InsyaAllah.

 

ELLE ZADA kini membuka ruang untuk anda menjana keuntungan melalui PROJEK RAYA ELLE ZADA 2017.

Segala usaha marketing dengan koloborasi bersama artis-artis terkenal sudah kami susun untuk dilancarkan, dan kini stok baju raya bernilai jutaan ringgit siap menunggu anda. Inilah juga masa untuk mendalami ilmu bisnes bersama CEO ELLE ZADA.

Tunggu apa lagi?

Jom rebut peluang untuk sertai PROJEK RAYA ELLE ZADA 2017 sekarang! Hanya calon bisnes terbaik sahaja akan dipilih sebagai pasukan PROJEK RAYA ELLE ZADA 2017!

Kepada mereka yang berminat, sila PM direct ke CEO ELLE ZADA, Elliyin Rasif.

ELLE ZADA

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS