#ElleZadaBertaubat: Pelancaran Projek Raya ELLE ZADA 2017 dan Lagu Raya ELLE ZADA

April
27, 2017 by

Maisarah Ahmad Kamil

Tahun ini ELLE ZADA akan ke peringkat baru! Terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan tahun ini untuk menjayakan Projek Raya ELLE ZADA 2017.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinnya, kami telah selesai melancarkan Projek Raya ELLE ZADA 2017 melalui press conference di Grand Millenium Hotel semalam!

Terlalu ramai Friends of ELLE ZADA yang menghadirkan diri pada event tersebut. Merekalah yang sentiasa berada di belakang ELLE ZADA saat susah dan senang untuk memberikan semangat, bantuan dan mengirim doa agar kami sentiasa tabah dan sabar menghadapi krisis tahun lepas.

Antara insan-insan yang mulia ini adalah Dato’ Roslan Ab Hamid, seorang guru keusahawanan yang cukup dikenali dan disegani di kalangan usahawan di Malaysia dan Arthur Carmazzi, salah seorang daripada Top 10 guru kepimpinan di SELURUH DUNIA.

Adam Corrie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi juga hadir sebagai pihak yang berkoloborasi dengan kami pada tahun ini bagi Projek Raya ELLE ZADA 2017.

Nama pun press conference, jadi mesti ada juga pihak media, kan? Alhamdulillah, sambutan yang tidak kami jangkakan, ramai ahli media yang hadir pada press conference semalam termasuk Melodi TV3, News Straits Times, The Star, Berita Harian, Sinar Harian, dan ramai lagi.

Dan tidak dapat kami lupakan, kehadiran begitu ramai #JemaahChampion yang kini sudah pun merasa api pembakar semangat untuk sama-sama menjayakan projek ini. Tahu kan, semua #JemaahChampion adalah business owner dan brand owner, dan mereka semua telah memilih untuk bersama-sama berjemaah dalam menjayakan business bersama-sama.

Mereka yang hadir ke press conference semalam pasti sudah berasa teruja di atas semua kejutan yang telah kami susun untuk musim Raya tahun ini. Antara kejutan terbesar adalah lagu raya yang dinyanyikan oleh Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi yang direka oleh komposer Aiman Mikail Arasy dan team ELLE ZADA Entertainment secara in-house.

Apa lagi yang berlaku semalam? Biarlah gambar yang berbicara:

Gempak? Hebat? Awesome tak awesome? Ini Barulah Champion!

Semoga Projek Raya ELLE ZADA 2017 bersama #JemaahChampion dipermudahkan dengan baju #ReadyStockOnly yang bakal dilancarkan kesemuanya dalam masa yang terdekat ini, insyaAllah.

Maisarah Kamil.

 

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017

Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS