March
09, 2017 by
Shelf-life dalam bahasa Inggeris bermaksud tempoh hayat sesuatu barangan yang dibeli.
Kebiasaannya, kita tahu tentang tempoh hayat melalui label seperti ‘Best Before’ dan ‘Use before’ untuk memberi sedikit gambaran berapa lama barangan itu akan tahan sebelum ia rosak. Contohnya, shelf-life makanan tin biasanya selama dua tahun.
Tetapi bagaimana dengan shelf-life make-up pula?
Ehh, make-up pun ada shelf-life?
Berhati-hati ya semua.
Barangan make-up kita sebenarnya tidak boleh disimpan terlalu lama. Make-up juga ada tempoh hayatnya, dan jika kita berterusan menggunakan make-up yang sudah bertahun berada di tangan kita, dikhuatiri akan menyebabkan muka kita rosak akibat kesan kimia.
Di sini, saya bukan sahaja akan berkongsi tentang shelf-life setiap produk, tetapi saya juga akan sertakan tips cara berjimat semasa membeli make-up. Pastikan anda baca artikel ini sampai habis, ya!
Berikut adalah tempoh shelf-life yang standard bagi barangan make-up harian kita:
Make-up | Tempoh Hayat |
Liquid Foundation | 6 - 12 Bulan |
Lipstick | 18 - 24 Bulan |
Mascara | 3 - 4 Bulan |
Eyeshadow | 24 Bulan (2 Tahun) |
Blush/Bronzer/Highlighter | 24 Bulan (2 Tahun) |
Face Powder (Bedak Muka) | 24 Bulan (2 Tahun) |
Liquid Eyeliner (Celak) | 3 - 4 Bulan |
Haaa… Dapat tak gambarannya? Jika sudah lama anda tidak mengemas dan melihat kembali tarikh belian barangan make-up sebelum ini, inilah masanya untuk menyemak semula supaya anda boleh segera membuang barangan make-up yang sudah lama tamat tempoh hayatnya.
Jadi, apakah tips untuk menyimpan duit semasa membeli make-up?
1) Jangan beli liquid foundation dalam kuantiti yang banyak. Kadangkala kita berasa gembira apabila brand kegemaran kita mengeluarkan foundation yang ‘terkena dengan jiwa’. Jadi, kita akan terus invest dan beli beberapa botol untuk dipakai setiap hari. Sebenarnya cari ini merugikan kita, kerana syarikat kosmetik sentiasa memperbaharui formula produk mereka. Mungkin mereka akan mengeluarkan foundation baru yang lebih best, dan anda pula yang akan menyesal kelak kerana masih ada berbotol-botol lagi foundation lama yang belum dihabiskan.
Cara yang paling efektif untuk membeli foundation adalah dengan memastikan dahulu berapa lama tempoh yang anda gunakan untuk menghabiskan satu botol foundation. Jika anda mengambil masa enam bulan untuk menghabiskan satu botol, janganlah beli lebih dari dua botol untuk warna yang sama. Ini boleh menjimatkan wang dan juga memastikan anda tidak tersilap menyapu foundation yang sudah tidak elok di muka kelak kerana terlepas tempoh hayatnya.
2) Jangan beli mascara dan liquid eyeliner dalam kuantiti yang banyak. Jika dengan foundation pun kita perlu berhati-hati, apatah lagi dengan mascara dan liquid eyeliner. Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan mata kita. Seeloknya belilah satu sahaja, habiskan dahulu dan barulah beli yang baru untuk menjaga poket dan kesihatan mata kita.
3) Jangan cepat buang lipstick. Termasuk dalam kategori ini juga ialah blush, bronzer, highlighter dan bedak muka. Kadangkala kita membeli satu warna blush atau lipstick yang digemari, kemudian kita akan berasa jemu menggunakan warna yang sama selepas beberapa minggu. Sebaiknya simpanlah barangan ini dalam kotak yang asing dan buka kotak ini semula selepas dua bulan. Mungkin anda akan jatuh cinta kembali dengan warna lipstick itu dan memakainya sehingga habis. Jika anda membeli lipstick yang mahal, anda boleh juga berikan ia kepada rakan-rakan atau adik beradik perempuan jika mereka juga meminati barangan make-up yang sama.
Okay, sampai di sini sahaja perkongsian kita! Jangan lupa share ya, moga-moga akan mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga kita. InsyaAllah saya akan berkongsi lebih banyak tips berkaitan make-up dan penjagaan kulit dan muka selepas ini, jadi jangan lupa follow ELLE ZADA Portal ini selalu ya!
Eva Daniel
Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.