March
04, 2017 by
Saya ada seorang kawan. Nak kata hebat, boleh juga la. Gaji agak besar kalau dibandingkan dengan gaji saya dan kawan-kawan lain yang sama-sama grad dua tahun lepas.
Kawan saya ni jenis senang jemu dengan pakaian. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada budget untuk membeli-belah. Tudung baru. Blouse baru. Skirt baru. Jubah atau dress baru.
Senang kata, setiap kali keluar trend baru, mesti dia antara penggerak trend tersebut kerana disiplinnya membeli-belah.
Saya, cukup cemburu setiap kali melihat dia memakai pakaian yang begitu cantik, sedangkan saya sendiri sudah berbulan tidak membeli baju baru. Bukan tak mampu, cuma saya termasuk dalam geng suka cari makan. Tapi masih ada ruang untuk merasa cemburu. Haha.
Suatu hari, kami merancang untuk buat reunion. Dia menghubungi saya, minta saya mengambilnya di rumah sewanya kerana keretanya di-servis. Kebetulan rumah sewa saya pun berdekatan dengan rumahnya. Sampai sahaja di hadapan rumahnya, terdengar azan Zohor.
“Kejap… tengah pakai tudung,” mesej kawan saya masuk.
Ah, perempuan kalau pakai tudung memang lama. “Tumpang solat jap,” saya mesej.
“Boleh. Masuklah,” dia membalas.
Saya memberi salam, kemudian memasuki rumahnya. Cantik dan terjaga, siap ada jadual bersihkan rumah antara dia dan semua housemate.
Saya melangkah menuju ke biliknya. Dia masih sedang membetulkan tudungnya, berbelit sana sini, gaya barulah katakan.
“Tumpang solat jap eh. Wudhu dah ada ni.”
“Boleh. Ambil je telekung dan sejadah dekat tempat sangkut tuala tu.”
Sejadahnya disangkut di bawah telekung. Saya angkat telekung itu dan berhenti sekejap. Terkejut dan kaku sebentar.
Lusuh.
Telekung jenis cotton, kali terakhir saya memakai telekung cotton adalah semasa di sekolah menengah lagi. Ada kemungkinan usia telekung itu pun selewat itu.
Jarang.
Kain cotton bila dah lusuh, memang jarang kainnya.
Busuk.
Di bahagian dagu, ada tanda-tanda bewarna hitam, baunya pun… astaghfirullah.
Saya ambil sejadah sahaja, juga lusuh seperti telekung itu. Berbau sedikit masam. Saya cuba mengawal riak muka supaya tidak terlalu menunjukkan perasaan dalam hati.
Saya tak jadi menyarungkan telekung itu.
Pada waktu tu, saya bersyukur kerana memakai baju dan tudung ELLE ZADA yang sentiasa solat-ready, menutup aurat sempurna, mematuhi syariah namun tetap cantik. Jadi saya terus solat.
Ketika solat, perasaan sebak menyinggah di hati. Saya tidaklah seperti kawan saya.
Saya mempunyai sepasang kain telekung yang akan dibasuh sekali sebulan setiap kali datang ‘cuti’. Tetapi saya insaf.
Mengapa saya cuma memiliki sepasang kain telekung, sedangkan tudung dan baju lain cukup banyak?
Mengapa saya membeli telekung murah, sedangkan baju lain saya sanggup simpan duit untuk membeli yang mahal?
Mengapa saya membasuh telekung sekali sebulan, sedangkan baju lain saya cuci setiap kali selepas ia dipakai?
Sungguh, kadangkala Allah SWT memberi teguran dengan cara yang paling lembut, iaitu melalui kesedaran dan keinsafan.
Baju dan tudung, mungkin kita akan pakai sekali atau dua kali seminggu. Tetapi kain telekung, kita akan guna sekurang-kurangnya lima kali sehari.
Betapa cantik pun baju dan tudung yang dipakai, kebiasanya kita akan menyarung kain telekung yang lebih selesa juga untuk menghadapNya.
Tidak malukah kita? Tidak segankah kita?
Tidak inginkah kita, memakai kain telekung yang paling cantik, paling bersih, dan paling wangi untuk memuji Pencipta kita?
Insaf.
Jika kita mampu bersabar, menyimpan duit untuk membeli baju yang mahal, marilah menyimpan pula untuk membeli kain telekung; sekurang-kurangnya dua pasang supaya senang dibasuh.
Mari berubah!
Eva Daniel
Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.