May
03, 2017 by
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang mendapat namanya melalui kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima kancing pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Baju melayu ini biasa dipakai di Brunei dan ianya juga sering diubah suai untuk mengikuti fesyen terkini dan kelihatan lebih moden.
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga (juga dinamakan Baju Melayu Johor) dikenali menerusi lehernya yang disulam ringkas di kelilingnya. Bahagian leher hanya dibelah pendek di hadapan dan ia cuma mempunyai satu butang. Biasanya samping dipakai di bawah baju bagi Baju Melayu Teluk Belanga.
Baju Melayu Batik
Batik merujuk kepada kain yang dicelup dengan warna, biasanya bercorak dengan rekaan design bunga dan daun. Baju batik lelaki seperti jarang direka sebagai baju melayu, sebaliknya dijadikan baju berkolar yang dipakai dengan seluar khususnya sebagai pakaian majlis rasmi atau formal.
Baju Melayu Cheongsam
Rekaan baju melayu cheongsam adalah gabungan design Cina dan Melayu. Keunikan baju melayu cheongsam adalah pada butang mandarinnya yang diperbuat daripada benang khas ataupun kain dan disimpul dengan pelbagai corak seperti bunga atau daun. Baju melayu cheongsam juga biasanya dibelah di bahagian hadapan sehingga ke bawah seperti baju kemeja dan tidak dipakai dengan kain samping.
Baju Melayu Moden
Terdapat beberapa ciri bagi baju melayu moden. Antaranya adalah baju melayu tanpa pesak yang direka supaya baju tersebut tidak kelihatan terlalu longgar dan besar, tetapi sebaliknya kemas dan segak. Baju melayu ELLE ZADA bersifat moden kerana ianya tiada pesak dan direka sebagai baju melayu smart fit.
Baju melayu moden juga termasuk baju melayu slim fit yang direka supaya ianya mengikuti bentuk badan dan kelihatan lebih segak.
Menjelang musim Raya ni, mesti ramai yang sudah mula mencari baju melayu yang bakal dipakai pada hari Raya nanti.
Jangan lupa ambil peluang beli baju melayu online di ELLE ZADA selagi ada stock!
Selamat membeli untuk Raya 2017!
Eva Daniel
Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.