May
03, 2017 by
Kita sudah sedia maklum; baju melayu lelaki adalah baju yang paling sukar untuk dijahit, tetapi baju yang kemas dipakai akan membuatkan pemakainya kelihatan segak dan bergaya. Jika anda tidak pernah membeli baju melayu, sila ambil perhatian kepada masalah-masalah biasa ini ya!
1) Pinggang terlalu ketat. Seluar baju melayu kadangkala dijahit dengan getah dan kadangkala tidak. Malangnya, kebanyakan lelaki (dan perempuan) di Malaysia perutnya sedikit buncit dan biasanya akan berasa tidak selesa apabila memakai seluar baju melayu kerana bahagian pinggang yang ketat. Semasa membeli baju melayu, pastikan anda ada sedikit gambaran tentang saiz pinggang yang memberi keselesaan kepada insan tersayang, atau pilihlah seluar baju melayu yang dijahit dengan getah.
2) Kain yang menampakkan kesan peluh. Tidak boleh dinafikan cuaca di Malaysia amat panas, dan apabila kita sentiasa bergerak (seperti mengunjungi rumah saudara mara atau berjalan ke masjid), lazimnya badan kita akan berpeluh. Antara jenis kain yang perlu dielakkan adalah dull satin yang kelihatan cantik tetapi sebenarnya panas dan sangat jelas menampakkan kesan peluh.
3) Baju melayu slim fit. Bila kita tengok gambar, memang model lelaki yang mengenakan baju melayu slim-fit kelihatan kemas dan segak. Kita pun membeli baju melayu slim-fit tanpa mengukurnya di badan sendiri. Sedar-sedar semasa solat sudah terasa ketat di bahagian belakang ketika rukuk, dan hilang keselesaan semasa menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Sebenarnya kami di ELLE ZADA sudah mendengar complaint tentang baju melayu slim fit. Kerana itulah kami menukar design kami tahun ini dan mengeluarkan baju melayu smart fit. Smart fit bermaksud tidak terlalu kecil dan tidak terlalu longgar. Designnya kemas dan selesa dipakai. Beribadah pun selesa sahaja!
4) Jahitan mudah tertetas. Kerana jahitannya yang tidak kemas dan rapat, kebiasaannya baju melayu terutamanya design slim-fit atau yang dijahit atas kain licin akan mudah tertetas dan rosak. Amat rugi jika baju melayu tertetas dan rosak selepas memakainya beberapa kali sahaja.
5) Tidak tahan lasak. Hari Raya, semestinya ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Ramai yang akan datang mengunjung, dan kita sendiri akan sangat sibuk melayan tetamu dan menyediakan makanan bersama ahli keluarga. Pilihan kain dan jenis jahitan pada baju melayu biasanya menjadikannya tidak tahan lasak dan hanya boleh dipakai beberapa kali sahaja. Sebaiknya pilihlah kualiti yang terbaik semasa membeli baju melayu supaya ianya boleh dipakai lama!
Bukan mudah ya, memilih baju melayu. Semasa membeli, pastikan anda memilih baju melayu berkualiti tinggi untuk memastikan anda mendapatkan pulangan maksimum dari setiap pembelian.
Jangan lupa ambil peluang beli Baju Melayu Champion secara online di ELLE ZADA selagi ada stock!
Selamat membeli untuk Raya 2017!
Eva Daniel
Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.