Sudah Tempah Rumah di Syurga Firdaus?

March
05, 2017 by

Naurah Arfan

Di Dunia Tiada Rumah, Di Syurga Ada Hartanah

Setiap minggu, saya cuba luangkan masa untuk mendengar sekurang-kurangnya satu ceramah agama, sama ada di masjid, atau di rumah melalui TV Al-Hijrah, radio atau YouTube.

Konsep di Elle Zada juga amat meraikan ilmu; sudah jadi kemestian untuk kami saling berkongsi kisah atau ilmu baru.

Kebiasannya, saya akan mendengar ceramah dari Ustaz Nouman Ali Khan.

Ceramah yang saya paling suka menggambarkan bagaimana hakikatnya, Allah SWT menerusi sebuah hadith qudsi telah pun menciptakan sebuah rumah untuk setiap manusia di syurgaNya yang tertinggi, Jannatul Firdaus.

Saya terjemahkan sebahagian dari ceramah Ustaz Nouman itu di sini :

“Di dalam Al-Quran, Allah menerangkan di dalam surah al-Mukminun bahawa orang yang beriman akan menjadi pewaris syurga (Ola-ika humu alwarithoon) (23:10). Mereka akan mewarisi Syurga.

Apabila kita memikirkan tentang konsep pewarisan, ia merupakan sesuatu yang ditinggalkan untuk kita. Sesuatu yang telah dimasukkan ke dalam nama kita, dan apabila tiba masanya, kita akan memperolehinya.

Jadi ia membuat saya terrfikir,

"Mengapa kita akan mewarisi Syurga? Adakah ia sudah ada dalam nama kita?”

Oleh itu, saya mula mencari perkara ini dan saya dapati hadith Nabi (SAW) menggambarkan bahawa Allah sebenarnya telah mencipta, dengarkan ini sekarang, Allah telah menciptakan sebuah rumah di syurga, di Jannah, bagi setiap manusia yang pernah dicipta.

Terdapat sebuah rumah yang dibina di Jannah untuk manusia yang pernah dicipta. Dan orang yang beriman, jelas tidak setiap manusia akan masuk syurga, apabila orang yang beriman memasuki Jannah, mereka akan pergi ke rumah mereka dan mereka akan mendapati bersebelahan dengan rumah mereka beberapa rumah-rumah lain yang kosong.

Rumah-rumah itu telah dibina untuk orang ramai untuk pergi ke dalam Jannah tetapi mereka enggan pergi. Mereka enggan pergi. Jadi yang memasuki syurga ini tidak hanya akan mewarisi rumah mereka sendiri, tetapi mereka sebenarnya akan dapat mewarisi rumah orang-orang yang tidak berjaya memasuki syurga.

Sekarang anda akan bertanya

"Adakah Allah akan membina rumah-rumah ini dalam Jannah paling rendah? Jika semua orang akan berjaya, mereka tidak boleh semua berada dalam Jannah yang tertinggi.”

Nama syurga yang tertinggi dipanggil Firdaus. Dalam ayat ini, (Ola-ika humu alwarithoon) (23:10) (Allatheena yarithoona alfirdawsa humfeeha khalidoon) (23:11) Rumah-rumah yang dibina untuk semua umat manusia, pada asalnya dibina di Firdaus, syurga yang tertinggi.”

Pertama kali saya mendengar ceramah ini, saya menangis.

Menangis kerana jika saya menjaga kewajiban diri sebagai seorang Muslim, insyaAllah, sudah tertulis sebuah rumah di syurga dengan namaku. Islam itu indah. Islam itu mudah. Persoalannya cuma sama ada kita ingin mewarisi rumah syurga kita, ataupun tidak.

Wallahi, saya tidak ingin berada dalam golongan mereka yang enggan pulang ke Jannah.

Bergembiralah. Dan berusahalah.

Keputusan itu berda di tangan kita.

Naurah Arfan.

Note: Ceramah penuh boleh ditonton di bawah.

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS