Taylor Swift & Angelina Jolie (5 Selebriti Hollywood Bertudung Labuh)

March
03, 2017 by

Elle Zada

Cantik dan berseri apabila selebriti ternama Hollywood dipakaikan hijab. Mungkin ramai yang akan ikut berhijab apabila melihat keanggunan mereka bertudung!

Siapa tak kenal selebriti terkenal Taylor Swift dan Angelina Jolie? Bukan sahaja di dunia barat, malah di negara-negara seluruh dunia pun tahu nama mereka. Mereka sangat berpengaruh dan mempunyai ratusan juta peminat di seluruh dunia.

Bayangkan, jika artis dan selebriti Hollywood yang ternama ini mengenakan tudung labuh; fuh, pasti ramai yang ikut berhijrah agaknya, kan? Kami jamin mesti terus trending topik penghijarahan mereka satu dunia dan bisnes tudung pun tiba-tiba jualan melambung! Boleh jadi, Islamophobia pun terus berkurang dan hilang.

Jom kita tengok bagaimana rupanya apabila selebriti Hollywood bertudung?

Eksperimen grafik ini kami kongsikan untuk melihat transformasi selebriti Hollywood yang sinonim dengan imej seksi berubah 100% apabila bertudung. Labuh pula tu!

1. ANGELINA JOLIE

Angelina Jolie sebenarnya tak asing dengan imej berhijab kerana beliau kerap berkerjasama dengan United Nation menghulurkan bantuan kepada pelarian di negara-negara Islam yang bergolak. Sebagai menghormati budaya setempat; Angie selalunya akan mengenakan selendang melitupi kepala. Tapi style yang di-edit bertudung ombre ni memang cantikkan? Cukup labuh dan anggun!

 

2. EMMA WATSON

Ayu kan? Manis bertudung bawal bercorak bunga. Aktres yang popular melakonkan watak Hermoine Granger ini nampak stylo dengan Bawal Medamoisaille ELLE ZADA ni walaupun hakikatnya tudung bawal ni sebenarnya sangat digemari kerana imej yang simple.

3. SCARLETT JOHANNSON

Black Widow daripada Avengers ni tetap nampak elegan dan tak hilang kecantikannya apabila berhijab. Labuh bawah dada pula tu; barulah betul-betul selari kehendak syariat kan? Psst... Sambil tengok style Scarlett Johansson yang kami edit ni, semak juga kelabuhan hijab masing-masing; pastikan bawah paras dada tau? Lagi labuh lagi baik!  

4. JENNIFER LAWRENCE

Sinonim dengan watak Katnis Everdeen yang cekap memanah, Jennifer Lawrence jelita dengan hijab berwarna putih suci. Cantikkan bila Jenn berhijab?

5. TAYLOR SWIFT

Ratu pop America Syarikat, Taylor Swift kami edit dengan style macam ni nampak sesuai je. Sepadan dengan personaliti Tay Tay yang sweet dan edgy. Cuba bayang Taylor Swift memetik gitar dengan imej berhijab.

Apa agaknya kesan sekiranya selebriti ternama seperti ini benar-benar mengenakan hijab? Tak habis-habis rasanya liputan media tentang topik tersebut dan jadi ikutan ramai.

Antara sedar atau tidak, industri hiburan Hollywood sangat berpengaruh dan jika kita tidak berjaga-jaga mungkin boleh terikut-ikut dengan konsep budaya barat yang hampir keseluruhannya bertentangan dengan akidah dan akhlak Islam. Begitu juga gaya fesyen mereka yang menjadi ikutan.

Fitrahlah, semua orang mahu tampil berkeyakinan dan sedap mata memandang.

Tak salah mahu bergaya asalkan panduan syariat diikuti, betul tak?

Bila difikirkan betul-betul; dengan memakai tudung sempurna pun satu bentuk dakwah bergerak. Teruskan dakwah autopilot tersebut!

 

Hak cipta © oleh ELLE ZADA Holdings Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan, dihantar, digunakan dalam apa-apa cara sekalipun, atau disimpan di dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.

CONVERSATIONS