Champion For Charity - ELLE ZADA & JEMAAH CHAMPION

Inisiatif Menggembirakan Anak Yatim & Asnaf di Hari Raya

HULUR HADIAH TERBAIK

Program Champion For Charity adalah salah satu usaha ELLE ZADA & Jemaah Champion sebagai saluran untuk semua ahli masyarakat untuk berkongsi hadiah yang baik bagi mereka yang kurang berkemampuan di pagi Syawal nanti.

Mengapa hadiah yang baik?

Konsep memberi hadiah, berinfaq dan bersedekah dalam Islam menggalakkan pemberian yang baik. Pemberian dari apa yang kita sayangi. Bukan dari apa yang kita tidak perlu atau yang kita tidak ingini. Konsep ini yang ditekankan didalam kalam suci Tuhan:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan 3: 92)

Besar kesannya berinfaq, bersedeqah dan memberi hadiah dalam masyarakat. Ia meningkatkan rasa kasih sayang antara manusia. Rasulullah (saw) pernah bersabda;

Berilah hadiah nescaya kamu berkasih-sayang (Al-Adab Al-Mufrad 594)

Alangkah indahnya bila kita berkasih-sayang sesama insan. Bila ada cebisan kasih dan sayang itu, pasti wujud rasa ingin memberi sesuatu yang baik, yang mulia dan bahkan yang paling menyenangkan buat orang yang kita sayang. Rasa ini yang Islam cuba pupuk. Maka dasar ini jua, kami di ELLE ZADA & Jemaah Champion cuba hidupkan dalam masyarakat kita.

Dalam kegembiraan kita mendapatkan pakaian raya untuk diri sendiri dan ahli keluarga tercinta, masih ada ruang untuk kita mengumpul pahala dengan memberi hadiah, menginfaq dan bersedeqah. Sebarkan dan tebarkan nikmat berkasih sayang dengan melihat senyuman mereka yang kurang berkemampuan tatkala menerima pemberian dan hadiah terbaik yang mampu kita sediakan dari cabang harta yang kita punyai. Harta kita adalah nikmat yang perlu dikongsi. Di dalamnya ada hak mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Jesteru, kami di ELLE ZADA & Jemaah Champion amat berbesar hati untuk menyediakan ruang untuk kita berkongsi rezeki secara kolektif. Di dalamnya ada saham kami dan saham anda untuk dihulurkan kepada mereka yang berhak dan memerlukan. Moga-moga saham-saham kita ini menjadi asset penolong kita di akhirat nanti. Solat berjemaah itu tinggi nilai pahalanya. Tiada salahnya jua kita berjemaah dalam memberi, menghulurkan hadiah, bersedeqah atau berinfaq. Lebih besar kemuliannya pemberian atau hadiah dari apa yang kita sayangi dan sukai. Dalam ertikata lain, sesuatu yang baik kualitinya dan indah rupanya.

Hulur Hadiah Terbaik dalam bulan yang mulia ini. Bulan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Tahun ini mungkin kita masih merasai keberkatan bulan ini. Tahun depan belum tentu lagi. Rebutlah peluang yang masih berbaki untuk kita. Hulur Hadiah yang terbaik di dalam bulan ini pada saat ini. Ia terbuka untuk individu atau badan korporat. Peluang untuk dijadikan salah satu projek ‘CSR’ untuk badan-badan korporat juga. Jika ada yang ingin berkongsi ruang kebaikan ini, pekej-pekej yang disediakan akan memudahkan anda untuk membuat pilihan yang bersesuaian.

PAKEJ YANG DISEDIAKAN

 

KAMI AKAN URUSKAN 100%

Setelah anda, insan dermawan melakukan bayaran untuk pakej yang dipilih, kami akan uruskan 100% urusan pemberian Koleksi Raya Champion tersebut kepada mereka yang telah kami saring sebagai orang yang layak menerima hadiah terbaik ini. Golongan ini terdiri dari anak-anak yatim dan golongan asnaf.


Setelah sumbangan kita ini disampaikan pada 21 Jun 2017 di majlis Iftar Champion, kami akan bekalkan gambar dan maklumat terperinci sumbangan tersebut kepada anda.

Sumbangan yang disampaikan di Rumah Anak Yatim Nur Qaseh

Selesai Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat . Sumbangan disampaikan kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah

JEMAAH CHAMPION FOR CHARITY

Champion For Charity ini adalah satu usaha bersama dari Jemaah Champion ELLE ZADA. Penaung program ini adalah CEO & COO ELLE ZADA iaitu Elliyin Rasif & Shahzada Khan. Antara tulang belakang utama Champion For Charity ini adalah selebriti terkenal tanah air, Adam Corrie Abdullah aka. Dragon Malaya yang merupakan Champion Icon untuk program ini. Beliau juga sangat aktif dalam usaha-usaha kebajikan.

Jemaah Champion pula merupakan penggerak utama yang merealisasikan Champion For Charity. Kami terdiri daripada pemilik bisnes & usahawan yang terpanggil untuk bersama-sama berkongsi sebahagian rezeki yang disalurkan kepada kami untuk dijadikan BONUS amalan sempena bulan Radahan ini.

Antara jutawan budiman yang akan bersama-sama kita hadir ke Iftar Champion dalam program Champion For Charity ini adalah Tuan Safiey Ilyas. Beliau amat menyokong program kebajikan seumpama ini kerana ini adalah tanggungjawab dan peluang untuk berkongsi bersama meraka yang tidak berkemampuan.

Harapan kami melalui program ini, di samping kita berkongsi kegembiraan hari raya, kita dapat melipat gandakan pahala dan memberi keinsafan kepada kita semua yang terlibat.

DAFTAR SEKARANG

 

Dengan kerjasama