Jika anda terlibat dalam 4 niche ini, kami ada peluang menarik untuk anda tingkatkan jualan anda.
BEAUTY & WELLNESS PRODUCT
KOSMETIK
AKSESORI
FESYEN
EZ Recommend adalah satu peluang istimewa yang ELLE ZADA tawarkan kepada para usahawan yang ingin menambah funnel atau saluran duit masuk ke dalam bisnes anda dengan MUDAH, pada lokasi yang TEPAT, dengan kos yang MINIMUM.
Melalui EZ Recommend, ELLE ZADA akan membantu memasarkan produk-produk anda di dua medium utama kami iaitu di butik & laman web ELLE ZADA. Sebagai usahawan, anda pasti sedar tentang petingnya menambah sumber duit masuk ke dalam bisnes anda.
Dengan satu komitmen sahaja, anda terus dapat menambah 2 saluran baru dalam bisnes anda, ibarat anda buka 2 cawangan baru!
Ini bermakan, anda mempunyai ruangan untuk produk anda sendiri di dalam butik kami, sebaris dengan barangan-barangan eksklusif yang kami keluarkan. Produk anda juga dapat terus dibeli oleh pembeli online melalui laman web www.ellezada.com.
Jika anda sedar sekarang, sebenarnya anda sedang ditawarkan satu peluang keemasan yang sangat terhad kerana anda berpeluang meletakkan secara langsung produk anda di hadapan para pelanggan ELLE ZADA.
ELLE ZADA bermula secara online dari tahun 2012. Kami bermula dari ‘zero’ membina tribe pelanggan yang mampu memiliki barangan eksklusif dengan harga yang premium. Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi Alhamdulillah, sekarang ELLE ZADA mempunyai kumpulan peminat sendiri (raving fans) yang sanggup mengeluarkan duit walaupun dengan harga premium.
Antara pelanggan ELLE ZADA adalah dari kalangan Dato’, Datin dan juga artis yang mempunyai pengikut mereka sendiri. Para pelanggan ELLE ZADA juga mempunyai kuasa belian yang tinggi. Produk ELLE ZADA sendiri berharga hampir RM500 untuk 1 item sahaja. Amat merugikan jika anda tidak mengambil peluang memasarkan produk-produk anda kepada golongan berduit ini.
(PASTIKAN ANDA BACA SETIAP SATU SEBAB DENGAN TELITI SUPAYA ANDA TIDAK TERLEPAS PELUANG INI)
ELLE ZADA menjana jualan yang amat tinggi melalui laman web dan butik kami di Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Jualan akan meningkat hampir 100x ganda semasa musim perayaan atau ketika hujung tahun.
Lokasi ELLE ZADA Boutique di Wangsa Melawati juga memang terkenal sebagai salah satu tempat popular yang mempunyai ramai pelawat. Para pelawat yang datang biasanya datang dengan satu objektif sahaja iaitu shopping!
Laman web ellezada.com pula menjadi pilihan bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur. Pelanggan ELLE ZADA melakukan belian bukan sahaja dari Malaysia, Singapura dan Brunei tetapi juga dari Amerika Syarikat. Mereka ini adalah dari golongan yang tidak kisah membayar harga premium asalkan barangan yang dibeli adalah berkualiti.
Kedua-dua platform yang ditawarkan kepada anda ini sentiasa mempunyai jumlah traffik yang sangat tinggi setiap bulan. ELLE ZADA melakukan promosi dan SALE hampir setiap bulan, dimana jumlah traffik akan meningkat dengan ketara semasa dalam tempoh ini.
Kedai-kedai terutamanya butik lain di sekitar Dataran Wangsa, Wangsa Melawati juga sentiasa melakukan jualan dan acara-acara yang menarik para pelawat. Apabila pelawat datang di sekitar butik ELLE ZADA, mereka biasanya akan singgah di butik ELLE ZADA kerana butik ELLE ZADA terletak paling hadapan dan berada di ground floor.
Laman web ELLE ZADA pula bukanlah satu laman web yang hanya digunakan untuk mempromosi barangan yang dijual sahaja. Ia mempunyai satu portal khas dimana dalam portal ini kami berkongsi tips, hukam hakam dan kandungan-kandungan digital yang viral. Para pelawat yang membaca kandungan pada ruangan portal ini juga berkemungkinan besar akan menjadi pembeli produk anda.
ELLE ZADA melakukan proses jualan dan belian 100% melalui laman web ini. Jika kami mempromosikan barangan melalui Facebook dan pelanggan berminat untuk mendapatkannya, mereka akan membeli melalui laman web ini. Kami tidak melayan sebarang PM atau WhatsApp. Jadi, jika pelawat melihat barangan ELLE ZADA, mereka juga akan melihat barangan anda.
Ini adalah antara benda yang paling best dalam offer ini. Jemaah Champion ELLE ZADA (JCEZ) terdiri daripada pemilik bisnes yang mempunyai ramai pengikut yang akan membantu anda mempromosi barangan anda. Jemaah Champion yang direkrut ini adalah mereka yang sangat berkualiti dan berpengaruh. Mereka ini melalui beberapa langkah saringan sebelum diterima masuk sebagai JCEZ.
JCEZ akan mempromosikan apa sahaja barangan yang dijualan oleh laman web ELLE ZADA. Mereka akan menerima komisen 20% untuk setiap jualan yang dilakukan. Jika anda ingin JCEZ bantu anda promosi produk anda, pastikan anda meletakkan produk anda dalam laman web ellezada.com.
Program EZ Recommend ini adalah sangat terhad. Oleh kerana produk anda akan diletakkan bersama produk kami di butik ELLE ZADA, kami tidak boleh terima semua orang yang berminat dapatkan slot ini.
EZ Recommend hanya menerima 10 jenama terawal sahaja yang akan diterima masuk dalam program ini. Jika anda lewat sedikit mengisi borang di bawah, anda akan terlepas peluang istimewa ini. Kami mengamalkan konsep First Come First Serve, jadi hanya mereka yang melakukan tindakan yang pantas sahaja akan diterima. Dalam bisnes, SPEED amat penting.
Selama 3 tahun bertapak di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati ini, kami telah mengeluarkan wang sewa sahaja hampir RM1juta.
Kos untuk kami pastikan kedua-dua platform ini (butik dan laman web ELLE ZADA) berjalan dengan lancar dan sentiasa menjana duit masuk memerlukan kami mengeluarkan kos sehingga RM80,000 setiap bulan, termasuk bayaran sewa, utiliti dan bayaran pekerja.
Baiklah.
Seperti yang dinyatakan di atas, bukan satu tugas mudah untuk sentiasa mengembangkan bisnes anda, lebih-lebih lagi dalam fasa ekonomi sekarang. Anda boleh cuba survey sendiri, di Dataran Wangsa ini, sudah berapa kedai yang terpaksa tutup. Ada yang baru buka tak sampai 6 bulan sudah tutup.
Kos untuk renovation semasa mula-mula buka kedai sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Sebagai usahawan, kami nampak masalah ini sebagai satu peluang. Seperti apa yang kami lakukan bersama Jemaah Champion, program EZ Recommend ini adalah salah satu cara untuk kami berkongsi sumber rezeki bersama anda.
Oleh kerana ini adalah pertama kali program EZ Recommend ini dibuka, kami ada tawaran istimewa untuk anda.
Harga asal untuk pakej EZ Recommend ini adalah RM6,000 sebulan. Tetapi sekarang kami buka hanya pada harga RM2,000 sebulan, untuk kedua-dua platform kami iaitu ELLE ZADA Boutique & laman web www.ellezada.com
Setelah anda letakkan produk anda dalam program EZ Recommend ini, Team ELLE ZADA akan uruskan semua urusan jualan produk anda. Team ELLE ZADA akan syorkan barangan anda kepada para pelanggan yang melawat butik ELLE ZADA. Bagi belian online juga, Team ELLE ZADA akan uruskan dari segi order, pengesahan bayaran dan pengeposan barang. Memang berbaloi.
Lagi best, KAMI TIDAK MENGAMBIL SEBARANG KEUNTUNGAN terhadap jualan produk anda. Seperti yang dimaklumkan, komitmen pakej EZ Recommend ini adalah RM2,000 sebulan. Jika jualan anda pada bulan tersebut kurang dari RM2,000 , kami tidak akan mengambil apa-apa keuntungan dari jualan tersebut. Kami hanya mengambil keuntungan apabila jualan pada bulan tersebut melebihi RM2,000. Perkara ini akan dibincangkan lanjut jika jenama anda terpilih di antara 10 jenama dalam program EZ Recommend.
Komitmen EZ Recommend ini dikira dengan cara 2 + 1 dimana untuk permulaan anda perlu membayar RM6,000 secara keseluruhan.
Pastikan barangan yang ingin dimasukkan ke dalam program EZ Recommend ini mempunyai packaging yang cantik, ada kelulusan berkaitan dan paling penting, tak ada masalah stok.
Jadi, adakah anda adalah salah seorang dari 10 usahawan yang akan bersama dalam program EZ Recommend ini?
Isikan maklumat dalam borang di bawah sekarang. Siapa yang paling cepat bertindak akan dipilih!