Assalamualaikum WRT, Friends of ELLE ZADA!
Mungkin ramai sudah perasan ruangan baru di laman web ELLE ZADA, iaitu Newsroom kami yang telah dilancarkan pada hari Jumaat, 17 Februari lalu. Menjelang 3 Mac, kami bakal melancarkan satu lagi ruangan baru iaitu ELLE ZADA Portal. Jadi apa bezanya Newsroom dan Portal ini, ya?
Newsroom ialah ruangan di mana kami akan mengumumkan pelbagai jenis update terkini dari segi berita perkembangan bisnes ELLE ZADA, pelancaran produk baru, pertandingan, dan banyak lagi. Newsroom ini diperkenalkan khususnya untuk supporters of ELLE ZADA yang sering bertanyakan tentang update terbaru dan yang turut sekali meraikan perkembangan kami.
ELLE ZADA Portal ialah blog rasmi ELLE ZADA yang akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan dunia Islam, subjek ilmiah, fesyen Muslim dan Muslimah, soalan-soalan kehidupan, inspirasi, kisah sebalik tabir di ELLE ZADA dan pelbagai topik menarik lagi.
Kepada mereka yang sebelum ini terkilan tidak dapat join program-program usrah di butik ELLE ZADA, jangan risau! Selepas ini, semua perkongsian usrah juga akan dikongsi di ruangan Portal kami. Artikel-artikel kami dikarang oleh para penulis di ELLE ZADA, penulis jemputan dan pakar. Kami juga bakal memperkenalkan ruangan untuk para pembaca berkongsi kisah menarik dan #hijrahstories.
Kedua platform ini akan digunakan bagi memperkenalkan konsep telus (transparency) dalam perkembangan ELLE ZADA sebagai syarikat yang menegakkan prinsip pemakaian dan gaya hidup patuh syariah. Kami berharap dengan adanya kedua-dua platform ini, kami akan lebih rapat dengan Friends of ELLE ZADA yang akan sentiasa peka dengan perkembangan dakwah ini.
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan perkongsian pendapat melalui kedua platform ini. Moga-moga usaha ini mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT.
ELLE ZADA