Assalamualaikum semua Champion Leaders 😍!
Alhamdulillah syukur kepada Allah telah selesainya Ramadhan yang juga menandakan projek Raya Aidilfitri 2017 juga telah selesai. Sekarang akan bermula pula projek seterusnya iaitu projek Raya Aidil Adha 2017.
Pelbagai gerak kerja kolobrasi dan projek-projek akan datang telah dimulakan untuk lebih memperkasa gerakan Jemaah Champion supaya lebih tersusun & berkesan.
Antaranya yang bakal dilancarkan adalah Usrah Champion, Projek Realiti TV Jemaah Champion bersama Astro, Projek CANTIK & CHAMPION, Convention of Champions dengan kerjasama TED Talk dan pasukan yang menjayakan konvensyen islamic antarabangsa yang melibatkan personaliti dan ilmuwan ternama serta macam-macam lagi!
Aplikasi khas Jemaah Champion juga sedang dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat & meningkatkan pendapatan Champion yang terlibat.🔥🔥🔥😱😱😱
Untuk memperkukuhkan ukhuwah serta gerakan bisnes kita bersama, pihak Elle Zada ingin menjemput Champions untuk memberikan feedback untuk penambahbaikan dalam projek seterusnya!